Jumaat, 17 April 2015

Sedekah Jariah Atau Maksiat Jariah

Sedekah Jariah atau Maksiat Jariah?


Kita biasa mendengar mengenai sedekah jariah iaitu pahala amalan sedekah yang berterusan walaupun setelah setelah meninggal dunia. Ini kerana kesan dari sedekahnya itu masih lagi dimanfaatkan oleh orang lain seperti membina masjid, sekolah dan sebagainya. Ini disebutkan dalam hadith Nabi SAW:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila meninggal sesorang manusia, terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: dari sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan untuknya". (Riwatat Imam Muslim).

Di samping sedekah jariah ini, terdapat juga apa yang dinamakan dengan dosa atau maksiat jariah. Dalam bahasa Arab, perkataan “jariah” bermaksud berlari atau mengalir seperti dikatakan sungai yang mengalir dengan “nahr jar”. Kemudian perkataan berlari atau mengalir ini membawa maksud kekal atau berterusan.
Justeru sedekah jariah atau maksiat jariah bermaksud pahala atau dosa yang masih lagi kekal dan berterusan bertambah walaupun setelah seseorang itu meninggal dunia, kesan dari perbuatan yang dilakukan semasa hidupnya di dunia, sebagaimana firman Allah:

إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ

“Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan, serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (catatan amalan) yang jelas nyata” (Yasin:12).
Sesungguhnya pahala amalan baik dan dosa amalan buruk adalah perkara yang tidak dapat diragukan lagi kerana perhitungan atau hisab pada hari kiamat adalah berdasarkan kepada timbangan-timbangan amalan, sebagaimana firman Allah:

وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ

“Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung” (Al-Anbiya’:47).

Manusia setelah meninggal dunia terbahagi kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada amalan baik dan buruk mereka di dunia. Pertama, orang yang meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalan baik dan dosa amalan buruknya. Tidak ada baginya tambahan pahala atau dosa. Hanya baginya pahala atau dosa atas perbuatan yang telah dilakukannya di dunia semasa hidupnya.

Kedua, orang yang meninggal dunia, tetapi dosa dan pahalanya masih lagi berterusan. Orang sebegini, kesudahahannya adalah bergantung kepada berat timbangan salah satu dari kedua-duanya, sama ada dosanya lebih berat atau pahalanya lebih berat.

Ketiga, orang yang meninggal dunia, namun pahalanya masih lagi berterusan, walaupun dia sudah tiada lagi di dunia. Dia akan terus mendapat pahala disebabkan oleh kesan peninggalan amalan baiknya di dunia, sesuai dengan kadar keikhlasannya kepada Allah dan kesungguhannya melakukan amalan baik tersebut. Betapa bahagianya hidup orang sebegini di alam kuburnya sesudah kematiannya.

Keempat dan yang paling buruk adalah orang yang meninggal dunia dalam keadaan pahalanya telah terputus tetapi dosanya masih lagi berterusan sepanjang masa dia berada di alam kubur. Malah dosanya semakin bertambah dari sehari ke sehari, sehinggalah dia dibangkitkan pada hari kiamat dengan membawa bergunung-gunung dosa yang dia sendiri tidak menyangkanya. Betapa rugi dan menyesalnya dia nanti di akhirat kelak.

Perihal dosa jariah ini, Imam al-Ghazali telah menyebutkan tentang perkara ini dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din dengan kata-katanya:

طُوبَى لِمَن مَاتَ وَمَاتَت مَعَهُ ذُنُوبُهُ ، وَالوَيلُ الطَوِيلُ لِمَن يَمُوتُ وَتَبقَى ذُنُوبُهُ مِائَةَ سَنَةٍ وَمِائَتَيْ سَنَةٍ أَو أَكثَرَ يُعَذَّبُ بِهَا فِي قَبرِهِ .

“Betapa beruntungnya buat orang yang mati, dalam masa yang sama, dosanya juga turut mati (terhenti), tetapi celakalah buat orang yang mati, namun dosanya masih kekal berterusan selama seratus tahun, dua ratus tahun, atau lebih dari itu. Dia diazab di dalam kuburnya kerana dosa-dosa tersebut”.
Sesungguhnya nas-nas al-Quran juga jelas menyatakan perkara ini, antaranya firman Allah SWT.

لِيَحمِلُوا أَوزَارَهُم كَامِلَةً يَومَ القِيَامَةِ وَمِن أَوزَارِ الّذِينَ يُضِلُّونَهُم بِغَيرِ عِلمٍ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ .

“(Mereka dibiarkan menuduh dengan demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar. Sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu” (Al-Nahl:25).

مَن دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ، كَانَ عَلَيهِ مِن الإِثمِ مَثَلُ آثَامِ مَن تَبِعَهُ لَا يَنقُصُ ذَلِكَ مِن آثَامِهِم شَيئًا

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menyeru kepada suatu kesesatan, maka baginya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya, tidak dikurangi sedikitpun dosa-dosa mereka (apabila bertambahnya dosa orang yang mengajak kepada kesesatan itu)”. Hadith riwayat Muslim. Dalam riwayat lain pula, Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعَلَيْهِ وِزْرُهَا، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا

“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah (perbuatan) yang baik, maka baginya pahala perbuatan tersebut dan pahala sesiapa yang mengikutinya melakukan perbuatan itu tanpa dikurangi pahala mereka yang mengikutinya itu sedikit pun. Dan sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah (perbuatan) buruk, maka baginya dosa perbuatan tersebut dan dosa sesiapa yang mengikutinya melakukan perbuatan itu tanpa dikurangi sedikit pun dosa mereka yang mengikutinya”. (Bukhari dan Muslim).

Dalam dunia media sosial masa kini dengan aplikasi perkongsian maklumat yang serba canggih seperti facebook, twitter, Instagram, whatsapp, telegram dan pelbagai lagi, hakikatnya mendedahkan kita kepada ancaman maksiat jariah sebagaimana yang dibincangkan.
Kecenderungan untuk berkongsi menyebarkan maklumat yang tidak diketahui sumbernya sememangnya boleh menjerumus kita kepada dosa atau maksiat fitnah. Dosa fitnah yang kita sebarkan ini pula akan berterusan selama mana perkara tersebut terus tersebar walaupun kita telah meninggal dunia, kesan dari apa yang kita buat yang diikuti dan dipercayai oleh orang lain. Moga-moga kita semua dijauhkan daripada menjadi muflis di akhirat lantaran tingkah dan olah kita sendiri.

Wallahua'lam

Selasa, 14 April 2015

3 pertanyaan,1 jawapan

3 Pertanyaan, 1 Jawapan

Ada seorang pemuda yang lama bersekolah di luar negera, ia telah kembali ke tanah air, sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama (ustaz)sesiapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaan darinya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda :: (Dengan nada sombong pemuda itu bertanya) Anda siapa...?? Dan adakah boleh menjawab        pertanyaan saya...??

Ustaz :: Saya hanya hamba ALLAH & dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan Anda.

Pemuda :: (Tetap dengan nada sombong) Anda yakin....?? Sedang profesor & banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Ustaz :: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya...!!

Pemuda :: Saya ada 3 buah pertanyaan...??

1. Kalau memang TUHAN itu ada, tunjukkan wujud TUHAN kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan TAKDIR...??

3. Kalau SYAITAN diciptakan dari api, kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama? Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba ustaz tersebut menampar pipi si pemuda dengan keras.

(sambil menahan sakit) si Pemuda berkata ::

Pemuda :: Kenapa...?? Anda marah kepada saya...?

Ustaz :: Saya tidak marah...!!! Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya...!!

Pemuda :: Saya sungguh-sungguh tidak faham atas jawapan kamu itu...??!!

Ustaz :: Bagaimana rasanya tamparan saya...??!!

Pemuda :: Tentu saja saya merasakan sakit...!!

Ustaz :: jadi Anda percaya bahawa sakit itu ada...?!!

Pemuda :: Ya... Percaya...!!

Ustaz :: Tunjukkan pada saya wujud sakit itu...??!!

Pemuda :: Saya tidak boleh...!!

Ustaz :: Itulah jawapan pertanyaan pertama, kita semua merasakan kewujudan TUHAN tanpa mampu melihat wujudnya.

Ustaz :: Adakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya..??!!

Pemuda :: Tidak...!!

Ustaz:: Adakah pernah terfikir oleh Anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini...??!!

Pemuda :: Tidak...!!

Ustaz :: Itulah yang dinamakan TAKDIR...!!

Ustaz ::tangan yang saya gunakan untuk menampar anda diperbuat daripada apa..??!!

Pemuda :: Kulit...!!

Ustaz :: pipi Anda...??!!

Pemuda :: Kulit...!!

Ustaz :: Bagaimana rasanya tamparan saya...??!!

Pemuda :: Sakit...!!

Ustaz :: Walaupun syaitan diperbuat dari api dan neraka diperbuat dari api, jika TUHAN berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan bagi syaitan.

MASIHKAH ANDA MERAGUKAN KEHADIRAN 'TUHAN' DALAM HARI-HARI ANDA ?

Tuhan yang satu ialah Allah.Tiada tuhan selainnya.Ia tiada anak dan tidak pula diperanakkan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud

"Allah berfirman:Aku tidak memerlukan sekutu.Sesiapa yang melakukan satu amalan yang dalamnya
ia menyukutukan Aku dengan selain-ku,maka Aku meninggalkannya berserta sekutunya"(Riwayat Muslim)

Wallahua'lam

Isnin, 13 April 2015

Pengaruh Teman Dalam Kehidupan

Pelajaran dari kisah persahabatan antara Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan persahabatan antara Ubaidullah bin Ziyad dengan Syamr bin Dzi al-Jausyan.
——————————————————————————————————————————————–

Islam sangat memberi perhatian besar dalam masalah sosial, di antaranya dalam masalah pergaulan atau persahabatan. Islam menekankan agar seseorang memilih teman-teman yang baik, agar pengaruh baiknya membekas pada dirinya. Ketika seseorang bersahabat dengan seseorang yang soleh, maka ia akan melihat adab-adab yang mulia, perkataan-perkataan sopan santun dan baik, dan nasihat nasihat pun akan keluar dari mulut sang teman apabila temannya yang lain melakukan sesuatu yang tidak diredhai Allah. Perumpamaan persahabatan seperti ini telah disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabda beliau,

Dari Abu Musa radhiyallaahu ‘anhu, dia berkata:

عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيْرِ فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً وَنَافِخُ الْكِيْرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً

Dari Nabi shallaallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Perumpamaan teman duduk yang baik dan teman duduk (sepergaulan) yang buruk adalah seperti pembawa misk (minyak wangi) dan tukang besi. Si pembawa misk mungkin akan memberimu (minyak wangi) atau engkau membeli minyak itu darinya atau engkau mendapatkan baunya yang harum. Sedangkan tukang besi, mungkin akan membakar pakaianmu atau kamu dapati bau yang busuk darinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sedangkan teman yang buruk akan mendorong kita melakukan keburukan-keburukan atau batas minimumnya kita akan terbiasa melihat perbuatan maksiat, dan menghilangkan kebencian kita terhadap perbuatan dosa. Persahabatan seperti ini adalah persahabatan yang buruk,semua di dunia ini, tidak selamanya,dan akan saling memusuhi di akhirat kelak. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

الْأَخِلَّاء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

 “Teman-teman karib pada hari itu (hari kiamat) saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa”. (QS. Az-Zukhruf: 67).

Berikut ini kita akan mengambil pelajaran dari persahabatan Amirul Mukminin Sulaiman bin Abdul Malik dengan Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sebagai contoh persahabatan yang baik, yang membawa pahala, dan mendekatkan diri kepada Allah. Dan yang lainnya adalah persahabatan Pemimpin Iraq, Ubaidullah bin Ziyad bersama teman dekatnya Syamr bin Dzi al-Jausyan, sebagai contoh persahabatan yang buruk, yang saling tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kemaksiatan, serta mendekatkan keduanya kepada murka Allah.

Pertama, persahabatan Amirul Mukminin Sulaiman bin Abdul Malik dengan Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz rahimahumallahu.

Saat Sulaiman bin Abdul Malik menjadi khalifah, ia mendekati orang-orang yang soleh untuk ia jadikan teman dekat yang mempengaruhi kebijakan-kebijakannya. Di antara orang tersebut adalah gabenornya Umar bin Abdul Aziz. Sulaiman menjadikan Umar sebagai teman dekat dengan beberapa alasan:

-          Keperibadian Sulaiman sangat berbeza dengan saudaranya, al-Walid bin Abdul Malik, khalifah sebelumnya. Al-Walid adalah seorang yang ujub, bangga terhadap dirinya sendiri, hanya percaya pada pendapatnya sendiri, sedangkan Sulaiman adalah seorang yang rendah hati, tidak ujub dan tidak membangga-banggakan dirinya.

-          Sulaiman meyakini bahwa Umar mempunyai pendapat-pendapat yang benar dan lurus.

-          Rasa terima kasih Sulaiman kepada sikap Umar tatkala al-Walid hendak menyingkirkan dirinya. Hal ini menimbulkan kedekatan secara peribadi di antara mereka berdua.

Ketika Sulaiman naik takhta menjadi khalifah, ia tidak melupakan kerabat sekaligus teman dekatnya Umar bin Abdul Aziz. Ia sering meminta nasihat dan tidak berkeberatan apabila diingatkan ketika pendapatnya tidak membuat maslahat. Di antara contohnya Umar mempengaruhi Sulaiman untuk membuat kebajikan agar masyarakat menegakkan solat tepat pada waktunya, dan jangan sampai aktiviti mereka melalaikan dari ibadah yang agung ini (Atsar al-Ulama fi al-Hayah as-Siyasiyah, Hal. 170). Umar memberi arahan kepada Sulaiman terhadap Hajjaj bin Yusuf dan konco-konconya agar mereka dihalangi dan tidak bertindak sewenang-wenang (Atsar al-Ulama fi al-Hayah as-Siyasiyah, Hal: 169).

Sulaiman bin Abdul Malik juga terbuka dan menerima kritikan. Umar bin Abdul Aziz mengkritik Sulaiman berkaitan surat wasiat Khalifah Abdul Malik tentang hak waris puteri-puterinya. Sulaiman hendak melaksanakan wasiat sang ayah, Abdul Malik, yang menyatakan puteri-puterinya tidak mendapatkan warisan. Lalu Umar menyanggahnya, kata Umar, “Wahai Amirul Mukminin, apakah engkau meminta kitab Allah (sebagai putusan yang adil)?” Saat itu Ayyub bin Sulaiman membidas perkataan Umar, “Apakah salah seorang diantara kalian tidak takut mengucapkan kata-kata yang kerananya lehernya dipenggal?” Maka Umar membalas, “Jika perkara ini diserahkan ke tanganmu, maka apa yang menimpa kaum muslimin lebih besar daripada apa yang engkau katakan.” Sulaiman lalu membela Umar dan memarahi Ayyub (Sirah Umar bin Abdul Aziz, Hal: 31).

Suatu hari, Sulaiman bin Abdul Malik datang ke Mdinah, ia membahagi-bahagikan harta dalam jumlah yang besar kepada penduduk Madinah. Lalu ia bertanya kepada Umar, “Apa pendapatmu tentang apa yang telah kami lakukan wahai Abu Hafsh (kun-yah Umar)?” Umar menjawab, “Aku melihatmu membuat orang kaya semakin kaya dan membiarkan orang-orang miskin dengan kemiskinannya.” (at-Tarikh al-Islami, 15: 30-31). Umar mengkritik sedekah yang dilakukan Sulaiman kerana tidak bertepatan, dan penting bagi khalifah untuk membezakan antara sekadar berbuat baik biasa dengan berbuat baik dengan cara bertepatan sehingga memiliki manfaat yang jauh lebih besar.

Di hari Arafah, Sulaiman dan Umar berwukuf di Arafah. Sulaiman berasa bahagia dengan banyaknya umat Islam yang berkumpul memenuhi panggilan Allah. Saat itu Umar bin Abdul Aziz berkata kepadanya, “Mereka adalah rakyatmu hari ini, tetapi esok kamu akan ditanya tentang mereka.” Dalam riwayat lain, “Mereka adalah orang-orang yang akan menuntut hak-hak mereka di hari kiamat.” Tiba-tiba Sulaiman menangis, nasihat Umar benar-benar menyentuh di dadanya, ia berkata, “Hanya kepada Allah aku memohon pertolongan.” (al-Bidayah wa an-Nihayah, 12: 685).

Inilah contoh persahabatan yang bermanfaat, persahabatan yang saling mengajak kepada kebaikan, bahkan sebelum wafatnya Sulaiman menunjuk Umar sebagai khalifah agar amanah kepemimpinannya boleh meringankannya.

Berikutnya adalah contoh persahabatan yang buruk. Teman yang buruk akan mengajak temannya melakukan perbuatan dosa dan menjauhkannya dari Allah Ta’ala. Persahabatan antara Ubaidullah bin Ziyad dan Syamr bin Dzi al-Jausyan.

Di dalam Huqbah min at-Tarikh diceritakan, saat terjadi kekacauan di masa pemerintahan Yazid bin Muawiyah, dimana Husein bin Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah, hendak berangkat menuju Kufah (kota di Iraq) untuk menyambut undangan penduduk Kufah yang hendak membaiatnya sebagai khalifah.

Saat Husein hampir tiba di Kufah, ia dihalang oleh pasukan-pasukan Kufah atas perintah Ubaidullah bin Ziyad. Pada awalnya Ubaidullah hanya akan melakukan apa yang Yazid perintahkan, yakni supaya Husein tidak memasuki Kufah demi menghindari terjadinya fitnah. Husein pun akhirnya menyedari bahwa penduduk Kufah telah mengkhianatinya, Husein mengajukan beberapa pilihan kepada pasukan Kufah; membiarkannya pulang ke Mekah atau Madinah, pergi menemui Yazid di Syam, atau membiarkannya pergi menuju daerah perbatasan. Saat keinginan ini disampaikan kepada Ubaidullah, ia menuruti apa yang diinginkan Husein, dan menghormatinya sebagai keluarga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Namun apa yang baru saja diucapkan Ubaidullah seketika menjadi berubah saat mendengar pasukan dari Syamr bin Dzi al-Jausyan. Kata Syamr, “Engkau seorang pemimpin, tapi dia (Husein) yang menentukan? Aneh sekali.” Lalu Syamr menyarankan, “Bawa dia kemari sebagai tahanan, lalu engkau yang tentukan setelah itu.”

Akhirnya pasukan itu diperintahkan untuk menahan Husein, dan membawanya ke Iraq sebagai tahanan. Husein yang tidak menerima hal itu, kerana seorang muslim memang tidak boleh dijadikan tawanan oleh muslim lainnya, terlebih -lebih lagi dia adalah satu-satunya cucu Rasulullah yang hidup di muka bumi ini, keturunannya dengan Rasulullah sangatlah dekat, dan Rasulullah memerintahkan umatnya agar berbuat baik kepada keluarganya. Namun Ubaidullah sudah terlalu gelap untuk menerima hukum-hukum tersebut, pasukannya pun –yang terdiri dari orang-orang yang berkhianat kepada Husein- menerima perintah tanpa memikirkan siapa yang mereka hadapi. Akhirnya Husein radhyiallahu ‘anhu terbunuh.

Inilah pengaruh sahabat yang buruk, sampai boleh melakukan kesalahan yang sangat besar. Tidak hanya membuat gelap mata seseorang dari kemaksiatan-kemaksiatan kecil bahkan dosa besar pun tidak dirasakan lagi, dosa membunuh orang yang termasuk kesayangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Oleh kerana itu, hendaknya kita memilih teman-teman yang baik, yang menjauhkan kita dari bahaya dan perbuatan dosa. Dan mencari teman-teman yang soleh, yang mempengaruhi kita untuk semakin taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Wallahua'lam

Ahad, 12 April 2015

Biografi Si Cilik Penghafal Al Quran

Membaca biografi orang-orang hebat dalam sejarah Islam, dari kalangan ulama dan khalifah, kita akan menemukan masa kecil mereka yang begitu dekat dengan Alquran. Para khalifah, mereka memiliki guru khusus yang membimbing mereka tentang Alquran sedangkan para ulama, mereka telah menghafalnya sebelum usia baligh. Bersama Alquran mereka terdidik dan bersama Alquran karakter mereka terbentuk. Tentu saja hal ini tidak terlepas dari peranan orang tua yang mendorong, membimbing, dan mengarahkan anak-anak mereka untuk bersemangat menghafal Alquran.

Begitu pula kisah berikut ini, seorang anak kecil berhasil menghafal Alquran kerana peranan dan perhatian kedua orang tuanya, khususnya ibunya. Anak tersebut bernama Jihad al-Malki tinggal di Kota Madinah, Arab Saudi. Jihad berhasil menghafalkan 30 juzuk Alquran saat berusia tujuh tahun. Sang ibu sering membacakan Alquran kepada Jihad saat ia berada di dalam kandungan sehingga ia menginjak usia 5 tahun.

Istimewanya hafalan Alquran Jihad, ia memiliki sanad bacaan yang sampai kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, hafal nombor ayat-ayatnya, serta sinonim-sinonim kata di surah yang satu dengan surah lainnya, padahal ia terlahir dalam keadaan buta.

Jihad mulai menghafal Alquran saat berusia 5 tahun dengan cara mendengarkan tilawah Alquran melalui siaran radio. Tujuh juzuk pertama ia hafalkan di Riyadh bersama gurunya Syaikh Mizan, lalu pindah ke Madinah dan menghafal 23 juzuk yang lain di bawah bimbingan kedua orang tuanya. Jihad membiasakan diri mengulang-ulang ayat dan surah yang hendak ia hafal, lalu membacakannya dengan di bawah pengawasan kedua orang tuanya. Hal itu ia lakukan setiap hari. Awalnya, ia menghafal setengah halaman setiap harinya, setelah mulai terbiasa ia boleh menghafal satu sampai dua halaman setiap hari. Dua tahun menghafal Alquran, akhirnya Jihad mendapat taufik dari Allah menghafal Alquran secara sempurna.

Setelah berhasil menaruh 30 juzuh Alquran di dalam dadanya, Jihad tetap bersungguh-sungguh menjaga hafalannya agar semakin kukuh dan kuat. Setiap hari ia mengulang-ulang 3-5 juzuk hafalannya. Ia juga belajar di Dar al-Furqon, sekolah penghafal Alquran dan mempelajari kandungannya.

Saat ini, di usia 11 tahun Jihad sudah mendapatkan sanad (pengakuan riwayat bacaan Alquran) Hafs, sanad matan ilmu tajwid al-Jazariyah dan Tuhfatu al-Athfal. Jihad sangat berbahagia dengan pencapaiannya ini dan orang tuanya pun merasa bangga kepadanya.

Ketika ditanya, apakah ia merasa bersedih karena tidak boleh melihat (buta). Jihad menjawab, “Aku tidak merasa sedih. Memang aku tidak mendapatkan kenikmatan melihat, tapi Allah memberiku kenikmatan pandangan hati (ilmu). Kenikmatan ini harus disyukuri. Aku mensyukuri nikmat ini dengan menghafalkan Alquran dan juga berusaha mengamalkannya.”

Saat sudah dewasa kelak, Jihad bercita-cita menjadi Imam al-Haramain, menjadi Imam Masjid Nabawi atau Masjid al-Haram dan juga menjadi seorang ulama yang mengetahui keagungan Allah. Semoga Allah member taufik kepadamu wahai Jihad…

Mudah-mudahan kisah Jihad al-Malki ini menginspirasi kita untuk membimbing kita menjadi penghafal Alquran, membiasakan mereka mendengar tilawah kalamullah bukan lagu-lagu yang membuat hati terlena, lalai dari mengingat Allah. Semoga Allah memberi taufik kepada kita semua..

Pengajaran:

- Hendaknya orang tua memiliki perhatian yang besar terhadap anaknya dalam menghafalkan Alquran.

- Orang tua membiasakan anak mendengar ayat-ayat Alquran bukan mendengarkan lagu-lagu.

- Memilih wanita solehah sebagai calon ibu untuk anak-anak, kerana seorang ibu memiliki waktu yang lebih banyak bersama anaknya. Isteri yang solehah akan mendidik anaknya dengan Alquran. Ingat!!, wanita solehah adalah untuk laki-laki yang soleh.

- Seseorang mengatakan, “Yang lebih penting itu mengamalkan Alquran, bukan hanya menghafalnya.” Kita jawab, Alquran itu penyuci jiwa, semakin banyak seseorang berinteraksi dengan Alquran, insya Allah semakin baik keadaannya. Alquran adalah cahaya Allah, dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada ahli maksiat. Buktinya para ulama Islam, mereka menghafal Alquran dan mereka juga orang yang mengamalkan dan mendakwahkannya.

- Banyak orang yang diberikan nikmat bashar (pandangan) tetapi tidak diberikan nikmat bashirah (ilmu).

Kisah ini diceritakan dari program Musafir ma’a Alquran oleh Syaikh Fahd al-Kandari tatkala beliau berkunjung ke Kota Madinah.

Wallahua'lam

Musik Menyebabkan Runtuhnya Islam Di Andalusia

Berbicara tentang penyebab musibah yang menimpa umat Islam, sering kita dapati para pakar dan para ahli sejarawan hanya berbicara dalam lakaran teknik atau keadaan yang hanya dilihat panca indera sahaja, padahal ada faktor bukan yang boleh jadi tidak dilihat oleh panca indera manusia tapi itulah penyebab utamanya, yaitu dosa. Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS. Asy-Syuraa: 30)

Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu mengatakan,

مَا نُزِّلَ بَلاَءٌ إِلاَّ بِذَنْبٍ وَلاَ رُفِعَ بَلاَءٌ إِلاَّ بِتَوْبَةٍ

“Tidaklah musibah turun melainkan kerana dosa. Dan musibah tersebut tidak hilang melainkan dengan taubat.” (al-Jawabul Kafi, Hal. 87).

Sama halnya dengan kehancuran sebuah negeri, para pengamati dan sejarawan hanya berbicara pada masalah pemimpin yang lemah, ekonomi yang berbolak-balik, bencana alam dll. padahal ada penyebab yang utama yang menimbulkan sebab-sebab di atas, yaitu dosa-dosa yang dilakukan oleh penduduk negeri tersebut. Masyarakatnya adalah orang-orang yang berbuat maksiat, bukan berdakwah dan melakukan kebaikan, mereka malah melupakan agama Allah. Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Hud: 117)

Hal itu pula yang terjadi di Andalusia, peradaban Islam yang berusia kurang lebih 800 tahun itu akhirnya hancur dengan runtuhnya Kerajaan Granada. Penduduk Andalusia di kala itu melupakan Allah, jauh dari ketaatan kepada-Nya, dan sibuk dengan memperebutkan singgahsana.

Lalu, apa yang menyebabkan mereka melupakan aturan Allah? Mungkin tidak ada yang menyangka penyebab lalainya penduduk Andalusia ini, kerana penyebab ini begitu akrab dalam kehidupan kita sehari-hari, penyebabnya ialah musik. Ya, penduduk Andalusia disibukkan dengan mendengar musik. Musik telah mengalahkan bacaan Alquran mereka, mengalahkan bacaan hadis-hadis mereka, dan melupakan dari menadabbur ayat-ayat Allah Ta’ala.

Orang yang membawa musik ke tanah Andalusia adalah Abu al-Hasan Ali bin Nafi’ (789-857) atau yang lebih dikenal dengan Ziryab.

Siapakah Ziryab?

Ziryab adalah seorang Parsi atau Kurdis yang pada awalnya tinggal dan bekerja di Iraq lalu tinggal di Andalusia selama 30 tahun. Ia seorang pemusik,penggubah lagu,ahli kosmetik,kulinari,fesyen,dan juga menguasai beberapa cabang ilmu kemodenan.Orang-orang Eropah mengenal Ziryab sebagai bapa kebudayaan.

Kalau hari ini kita gambarkan Ziryab, maka ia layaknya seorang selebriti. Orang-orang memperhatikannya dalam hal fesyen pakaian, gaya rambut, dan trend kulinari. Ia membuat trend warna dan model pakaian harus mengikuti musim-musim tertentu. Hari ini kita lihat ramai orang meniru trend Ziryab dengan istilah pakaian musim dingin, musim panas, atau musim bunga.Ziryab juga mengubah kebiasaan bagaimana sebuah makanan itu dihidangkan atau disantap. Tidak ada seorang pun di Eropah atau di Andalusia secara khusus yang peduli tentang penyajian makanan,orang-orang pada zaman dahulu menyajikan semua makanan dalam waktu yang sama. Ziryab membahaginya menjadi tiga bahagian dengan menu-menu yang sesuai.Hari ini kita kenali dengan istilah hidangan pembuka (appetizer), hidangan utama (main course), dan makanan penutup (dessert). Demikian juga dengan gaya rambut, ia membuat trend laki-laki dadanan rambutnya pendek dan rapi, sementara perempuan berambut lebih panjang dan bersanggul.

Sebahagian dari kita mungkin menyangka bahawa kemodenan dalam berpakaian, kulinari dan gaya rambut masyarakat Eropah saat ini adalah budaya yang terlahir dari kebiasaan mereka sendiri. Kalau anda menyangka demikian, maka itu adalah kekeliruan. Kebiasaan tersebut lahir dari seorang muslim yang berasal dari Baghdad, yaitu Ziryab. Bahkan Ziryab mengajarkan masyarakat Eropah menggunakan deodoran,ubat gigi, dan syampo.

Mengajarkan Musik

Setelah disebutkan nilai-nilai peradaban yang Ziryab ajarkan kepada masyarakat Eropah, ada hal lain yang ia sebarkan di tengah-tengah peradaban muslim Eropah dan masyarakat benua biru itu secara umum, yaitu musik. Ketika datang ke Sepanyol, Ziryab mendapat sambutan hangat dari pemerintah Daulah Bani Umayyah II di sana. Lalu ia pun mendirikan sekolah musik di wilayah kerajaan tersebut. Ia sangat pandai memainkan alat-alat musik, baik alat musik tradisional Arab maupun tradisional daerah setempat.

Melihat susuk penampilan Ziryab yang mampu menghiburkan hati setiap orang dengan musiknya, memiliki penampilan yang trend,mengajarkan cara menikmati makanan yang lebih menyenangkan dll. membuat masyarakat saat itu kagum dan memiliki kecenderungan hati kepadanya. Jangankan orang-orang yang hidup saat itu, tatkala mendengar apa yang diajarkan Ziryab kepada masyarakat Eropah sehingga peradaban Eropah seperti sekarang ini, mungkin di antara kita mulai mengaguminya, padahal apa yang diajarkan Ziryab bukanlah sesuatu yang sifatnya darurat, ertinya peradaban manusia tidak akan punah jika tidak mengetahui apa yang Ziryab ajarkan. Tidak sehebat apa yang ilmuan-ilmuan Islam lain ajarkan. Kekaguman tersebut membuat masyarakat mulai meninggalkan membaca Alquran atau berkurang dari biasanya, demikian juga membaca hadis, dan kisah-kisah para ulama yang soleh. Mereka mulai sibuk dengan musik tersebut.

Kebiasaan ini kemudian turun-temurun diwarisi hingga lemahlah umat Islam dan semakin tidak mengikuti ajaran agama mereka. Peristiwa demi peristiwa terjadi dalam sejarah Islam di Andalusia; berpecah-belahnya Daulah Umayyah II yang dahulu menjadi satu-satunya kerajaan Islam di Sepanyol menjadi Negara-negara kecil atau tha-ifah. Beberapa kemudian,ada kerajaan Islam dikuasai oleh Kerajaan Kristian Eropah. Kesimpulannya, musibah itu disempurnakan dengan runtuhnya Kerajaan Granada.

Apakah Mendengarkan Musik Berdosa?

Allah Ta’ala berfirman,

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّى مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbat di kedua telinganya; maka beri kabar gembiralah padanya dengan azab yang pedih.” (QS. Luqman: 6-7)

Ibnu Mas’ud ditanya mengenai tafsir ayat tersebut, lantas beliau –radhiyallahu ‘anhu- berkata,

الغِنَاءُ، وَالَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ، يُرَدِّدُهَا ثَلاَث َمَرَّاتٍ.

“Yang dimaksud adalah nyanyian, demi Dzat yang tidak ada ilah (sesembahan) yang berhak diibadahi selain Dia.” Beliau menyebutkan makna tersebut sebanyak tiga kali. (Jami’ul Bayan fii Ta’wilil Qur’an, 20: 127)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِى أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ

“Sungguh, benar-benar akan ada di kalangan umatku sekelompok orang yang menghalalkan zina, sutera, khamr, dan alat musik…” (HR. Bukhari)

Umar bin Abdul Aziz pernah menulis surat kepada guru yang mengajarkan anaknya, isinya adalah, ”Hendaklah yang pertama kali diyakini oleh anak-anakku dari budi pekertimu adalah kebencianmu pada nyanyian. Kerana nyanyian itu berasal dari syaitan dan di hujung akhirnya adalah murka Allah. Aku mengetahui dari para ulama yang terpercaya bahawa mendengarkan nyanyian dan alat musik serta  lain-lain yang berkaitan padanya hanya akan menumbuhkan kemunafikan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput. Demi Allah, menjaga diri dengan meninggalkan nyanyian sebenarnya lebih mudah bagi orang yang memiliki kecerdasan daripada tumbuhnya kemunafikan dalam hati.”

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan,

اللَّهُمَّ إلَّا أَنْ يَكُونَ فِي سَمَاعِهِ ضَرَرٌ دِينِيٌّ لَا يَنْدَفِعُ إلَّا بِالسَّدِّ

“Demi Allah, bahkan mendengarkan nyanyian (atau alat musik) adalah bahaya yang mengerikan pada agama seseorang, tidak ada cara lain selain dengan menutup jalan agar tidak mendengarnya.” (Majmu’ Al Fatawa, 11:567)

Penutup

Tentu ada dosa-dosa lainnya yang menyebabkan runtuhnya Islam di Sepanyol, namun musik memiliki peranan penting yang menjauhkan umat dari agamanya. Umat Islam tidak tahu mana tauhid dan mana syirik karena mereka tidak mempelajari agamanya. Tidak tahu tatacara ibadah yang benar, dll.

Apakah benar musik melalaikan dari mengingat Allah, Alquran, hadis, dan mempelajari agama? Silakanlah kita menjawab dengan amalan kita sehari-hari, manakah yang lebih banyak kita dengar atau hafal? Nyanyian, Alquran ataukah hadis?

Banyak orang tertawa, bersedih, menyentuh hati, bahkan menangis ketika mendengar musik, tapi sedikit yang merasakan hal yang sama ketika mendengarkan Alquran.

Wallahua'lam

Sabtu, 11 April 2015

Kisah Iblis Mengaku Tuhan


Iblis Mengaku Tuhan

Tersebutlah seorang ulama yang bernama Ahmad bin Nazzar.Salah seorang ulama bermazhab Maliki. Beliau dikenal sebagai Faqihul Maghrib (ahli fikih daerah Morocco). Seorang yang dikenali sebagai seorang yang doanya mustajab. Seorang ulama yang seimbang antara ilmu dan amal. Hampir setiap malam beliau mengkhatamkan Al-Quran dalam solat tahajud di masjidnya.
Beliau pernah diminta oleh Gabenor Al-Manshur bin Ismail untuk menjawat jawatan sebagai Qadi untuk daerah Qoirawan, namun beliau tidak bersedia menerimanya. Beliau wafat di tahun 338 H.

Ada satu kejadian menarik tentang beliau. Di waktu beliau sedang bertahajud, tiba-tiba muncul cahaya sangat terang dari tembok masjid. Cahaya itu mengatakan dengan lantang,

تملا من وجهي، فأنا ربك

“Engkau telah memenuhi wajahku, akulah tuhanmu.”

Apa yang boleh kita bayangkan ketika kita mengalami kejadian semacam ini? Ya, kita pasti akan merasa sangat bangga. Kita akan merasa bahawa kita telah mencapai puncak beribadah. “Allah telah menampakkan dirinya, berarti saya sudah mencapai darjat hakikat.” Atau kita akan meminta banyak hal ketika bertemu langsung dengan Allah, “Ya Allah, berikan aku banyak harta, rumah mewah, kereta mewah.” “Ya Allah, aku minta karamah, agar boleh menolong hamba-Mu yang sakit.” “Ya, Allah jadikan dia pasangan hidupku.” “Ya Allah, luaskan rezekiku, mudahkan urusanku, mudahkan aku untuk mecapai cita-citaku.” Dan sebarang permintaan lain,yang menunjukkan betapa tamaknya kita dengan dunia.

Hampir boleh dipastikan, orang yang mengalami kejadian semacam ini, esok harinya akan segera membuka pusat pengubatan alternatif dan lain-lain Kerana merasa bahawa kita mempunyai karamah.

Tapi tidak demikian yang dilakukan sang imam. Ulama yang mulia ini memahami hal yang berbeza. Yang mendapat petunjuk Allah melalui ilmu agama yang beliau fahami. Apa yang beliau lakukan?

Ternyata Imam Ahmad bin Nazzar ini meludahi cahaya yang menampakkan wajah ini, dan mengatakan,

اذهب يا ملعون

“Pergilah wahai makhluk terlaknat.”

Tiba-tiba cahaya itu padam.

Beliau memahami ini tipuan syaitann. Agar orang menjadi ujub dalam beribadah. Selanjutnya dia mengaku telah mencapai puncak nirwana ibadah, darjat makrifat atau hakikat. Selanjutnya dia meninggalkan ibadah sama sekali.

Wallahua'lam

Dahsyatnya Azab Kubur


Dahsyatnya Azab Kubur

Suatu ketika Muhammad bin Wazir al-Harani keluar dari rumahnya menuju kebun setelah Asar.

Ia bercerita,

“Ketika matahari hendak tenggelam, saya berada di tengah kuburan. Tiba-tiba dari salah satu kubur bara api yang wujudnya menyerupai sebuah keranda kaca sedangkan mayat berada di tengah-tengahnya. Saya mengusap mata saya dan saya berkata, ‘Apakah saya sedang mimpi atau tidak?’ Kemudian saya menoleh ke pagar kota dan saya berkata, ‘Demi Allah, saya tidak sedang tidur’.”

“Kemudian saya pulang ke keluarga saya. Saya menjadi bingung. Lalu keluargaku memberiku makanan, tetapi saya tidak lalu untuk makan. Selanjutnya saya pergi ke daerah tersebut, lalu saya bertanya tentang siapa penghuni kubur tersebut. Ternyata orang yang di dalam kubur tersebut adalah pemungut pajak liar.” (Ia adalah salah satu pembantu orang-orang zalim) yang meninggal dunia pada hari itu.

Asy-Sya’bi menuturkan bahwa seorang laki-laki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Saya pernah melewati daerah Badr, lalu saya melihat seorang laki-laki keluar dari dalam tanah, lantas dipukul oleh seseorang dengan cemeti sehingga ia masuk semula ke dalam tanah. Kemudian ia keluar lagi dan diperlakukan seperti itu lagi.” Lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Orang tersebut adalah Abu Jahl bin Hisyam yang diseksa seperti itu sampai Hari Kiamat.”

Salim bin Abdillah meriwayatkan dari ayahnya yang berkata,

“Suatu ketika seseorang sedang berjalan di atas kendaraan di antara Mekah dan Madinah, kebetulan ia melewati sebuah kubur. Tiba-tiba ada seseorang keluar dari kubur dengan api yang menyala, dibelenggu dengan besi, dan di lehernya terdapat rantai. Ia menarik-narik rantai itu, lalu ia berkata, “Wahai hamba Allah! Siramkanlah air! Wahai hamba Allah! Siramkanlah air!” Lantas ada orang lain yang keluar mengikutinya, lalu ia berkata, “Wahai hamba Allah! Jangan kau sirami air! Wahai hamba Allah! Jangan kau sirami air!” kemudian ia menarik rantai, lalu mengembalikannya ke dalam kubur.’

Salim melanjutkan kisahnya,

“Maka si penunggang kenderaan pun jatuh pingsan. Lantaran kejadian itu, kenderaan yang ditungganginya menjadi pincang”

Salim melanjutkan ceritanya,

“Di pagi harinya rambut orang tersebut menjadi putih, lalu ia menceritakan hal tersebut kepada Utsman bin Affan, lantas beliau melarang lelaki tersebut berpergian secara sendirian.”

Ada seorang laki-laki dari kalangan penduduk Madinah. Ia mempunyai saudara perempuan yang tinggal di sudut kota Madinah. Kemudian saudara perempuan tersebut meninggal dunia, lalu ia menguburkannya. Ketika pulang, ia teringat bahwa ia tadi kehilangan sesuatu yang terjatuh di dalam kuburan. Lantas ia meminta bantuan seorang sahabatnya.

Lalu keduanya menggali lagi kuburnya dan keduanya menemukan benda tersebut. Kemudian ia berkata kepada sahabatnya, “Menjauhlah kamu agar saya dapat dilihat saudara perempuanku.” Lalu ia mengangkat penutup liang kubur. Ternyata kuburan tersebut penuh dengan api yang menyala. Lalu ia segera mengembalikannya, meratakan kembali kuburnya, dan pulang kepada ibunya seraya berkata kepadanya, “Bagaimana sebenarnya tingkah laku saudara perempuanku?” Ibuku bertanya, “Memang kenapa? Dia kan telah meninggal?” Selanjutnya ia menceritakan kepada ibunya tentang apa yang telah disaksikannya di kubur itu. Lalu ibunya berkata, “Saudara perempuanmu itu suka menunda-nunda solat dari waktunya dan suka mendatangi pintu-pintu tetangga, mencuri dengan pembicaraan mereka lalu menyebarkan pembicaraan mereka.”

Seseorang yang dahulu bekerja sebagai penggali kubur dan ia telah bersara dari pekerjaannya ditanya, “Apa pengalaman aneh yang pernah engkau jumpai?” Ia menjawab, “Saya pernah menggali kubur seseorang. Ternyata orang tersebut telah dipaku dengan paku besar menancap sementara paku yang lain menancap di kedua kakinya. Saya juga pernah melihat tengkorak manusia yang dituangi timah. Pada beberapa kuburan yang saya gali lagi, saya sering melihat orang yang ada di dalamnya telah dipalingkan dari arah kiblat.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini.Nauzubillahi minzalik.

Wallahua'lam.

5 Kerugian Manusia Yang Berbohong


5 KERUGIAN MANUSIA YANG SUKA BERSIKAP BOHONG.

Di dalam Islam berbohong memang dibolehkan di dalam keadaan tertentu.

Rasulullah SAW membolehkan berbohong dalam tiga perkara: iaitu dalam peperangan, demi mendamaikan antara orang-orang yang bersengketa dan pembicaraan suami kepada isterinya. (HR. Ahmad).

Dari hadis di atas dapat diambil kesimpulan bahawa pada saat yang luar biasa berbohong itu dibolehkan. Akan tetapi Rasulullah SAW sendiri tetap menghindarkan diri untuk tidak berbohong kepada orang lain.

Adapun bahaya berbohong dalam kehidupan umat manusia di antaranya adalah:

1. Allah SWT Mengutuk Manusia Yang Suka Berbohong :
Manusia yang banyak berbohong akan mendapatkan kutukan dan laknat Allah SWT. Sebagai mana firman Allah SWT dalam Surah Adz-Dzariyat, ayat 10:

قُتِلَ الْخَرَّاصُون.َ
“Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta” .

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Jatsiyah, ayat 7:

وَيْلٌ لِّكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ
“Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berbohong lagi banyak berdosa”

2. Orang Yang Suka Berbohong, Akan Mengheret Ke Dalam Azab Api Neraka:
Manusia yang banyak berbohong dalam hidupnya, akan mengheret si pelakunya ke dalam azab api neraka Allah SWT.

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW. bersabda :

ََّ عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
“Hendaklah kalian semua bersikap jujur, kerana sesungguhnya kejujuran itu akan membawa kepada kebaikan, dan sesungguhnya kebaikan itu akan menyampaikan kalian jalan menuju syurga. Bilamana seseorang itu jujur dan menguasai sifat jujur (secara terus menerus), maka Allah menetapkannya sebagai seorang yang jujur. Dan sekali-kali janganlah kalian suka berbohong, karena sesungguhnya kebohongan itu membawa kalian kepada berbagai kejahatan (dosa) dan sesungguhnya berbagai kejahatan itu akan membawa kalian jalan ke neraka. Bilamana seseorang itu berbohong dan terus menerus berbohong, maka Allah SWT akan menetapkannya sebagai pembohong. (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Orang Yang Suka Berbohong Bersifat Dengan Salah Satu Sifat Orang Munafik :
Perbuatan orang munafik adalah sikap suka berbohong terhadap sesama. Dalam hal ini hadis riwayat Abu Hurairah RA, menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ، إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
”Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga perkara :
(1) Jika bercakap selalu berdusta.
(2) Jika berjanji tidak menepati janji.
(3) Jika dipercaya dia berkhianat”. (HR. Bukhari & Muslim).
dan dalam riwayat yang lain daripada Abdullah bin Amr disebutkan bahawa :

وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ
”Jika berselisih, maka dia akan berbuat zalim, dan jika berjanji dia berkhianat”. (HR. Bukhari & Muslim).
Dan dalam riwayat Imam Muslim disebutkan :

وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ
“Meskipun dia berpuasa, solat, dan mengaku dirinya muslim” (HR. Muslim).

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda:

وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبَ لِيَضْحَكَ بِهِ اْلقَوْمُ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ
“Celaka bagi orang yang bercerita kepada satu kaum tentang kisah bohong dengan maksud agar mereka tertawa. Celakalah dia…celaka dia.” (HR. Abu Daud dan Ahmad)

4. Sikap Berbohong Bukanlah Sifat Seorang Mukmin:

وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
“Dan sesungguhnya berbohong itu akan menghantarkan seseorang kepada kejahatan (dosa dan pelanggaran). Dan sesungguhnya kejahatan menghantarkan seseorang kepada neraka. Dan sesungguhnya seseorang yang (terus-menerus) berbohong akan ditetapkan sebagai kadzdzaaban (suka berbohong).” (HR Muslim ).

5. Orang Yang Suka Berbohong Kepada Temannya Atau Pemimpin Kepada Rakyatnya Merupakan Pengkhianatan Besar Dalam Agama.
Satu pembohongan besar yang dilakukan apabila seorang teman berbohong kepada teman rapatnya dan pembohongan seorang pemimpin kepada rakyatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Suatu pengkhianatan besar bila kamu berbicara kepada kawanmu dan dia mempercayai kamu sepenuhnya padahal dalam pembicaraan itu kamu berbohong kepadanya". (HR. Ahmad dan Abu Daud).

Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an Surah Ash-shaff ayat 2-3:
(2) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ ( 3 ) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
”Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah ta’aala bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.”

Ya Allah jauhkan kami dari sikap dusta kerana dusta itu akan menjauhkan kami daripada kebaikan dan mendekatkan diri kami dari pada kejahatan. Semoga hidup kami sentiasa berada dalam keberkatanMu ya allah. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahua'lam

Khamis, 9 April 2015

Tanda-tanda kiamat kecil dan besar

Tanda-tanda kiamat kecil dan besar

Di antara tanda-tanda kiamat kecil ialah muncul banyak fitnah, banyak terjadi pembunuhan, perbuatan hina merajalela, perbuatan keji dan kemungkaran semisal zina, minum arak, perjudian, merasa bangga dengan perbuatan buruk dilakukan secara terang-terangan. Sehingga, orang yang berpegang teguh pada agamanya bagaikan orang yang menggenggam bara api.

Demikianlah pula termasuk di antara tanda-tanda kiamat kecil ialah dicabutnya ilmu, kebodohan nampak, kuantiti kaum perempuan banyak sekali, kaum laki-laki hanya sedikit, sutera banyak dipakai, banyak orang menjadi penyanyi, seseorang melewati kuburan orang lain, lalu dia berkata, “Seandainya saja aku berada di posisi dia.”

Termasuk di antara tanda-tanda kiamat kecil ialah muncul para dai yang menyesatkan, para pemimpin yang menyimpang, amanah disia-siakan dengan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya. Demikian pula minimnya kebaikan, jarang hujan, sering terjadi gempa, banjir, harga-harga barang melangit, kaum perempuan keluar dengan menanggalkan pakaian, berpakaian tapi telanjang.

Di samping itu, termasuk di antara tanda-tanda kiamat kecil ialah terjadinya peperangan yang menentukan antara kaum Yahudi dan kaum muslimin. Akhirnya kaum muslimin membunuh mereka sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu pohon atau batu tersebut berbicara, “Wahai orang muslim, wahai hamba Allah! Ini orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah, bunuh dia!” Kecuali pohon Gharqad, karena sesungguhnya pohon Gharqad termasuk pohon orang Yahudi.

Di samping itu, termasuk tanda-tanda kiamat kecil ialah waktu berjalan terasa cepat, sehingga setahun seakan-akan hanya sebulan, sebulan seakan-akan hanya satu jam, dan satu jam bagaikan bara api yang membakar.

Termasuk pula di antara tanda-tanda kiamat kecil ialah menyia-nyiakan shalat, menuruti hawa nafsu, Orang pendusta dibenarkan, dan orang yang jujur didustakan, orang yang berkhianat dianggap dapat dipercaya, orang yang dapat dipercaya dianggap berkhianat. Alquran menjadi lenyap. Yang tersisa hanyalah tulisannya, mushaf-mushaf dihias dengan emas, kaum perempuan jadi pembicara, dan masjid-masjid juga dihias.

Diantara tanda-tanda kiamat besar ialah sebagai berikut:

Terbitnya matahari dari arah barat

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kiamat tidak akan datang sebelum matahari terbit dari arah Barat. Apabila orang-orang melihat hal ini, maka semua orang yang ada di atasnya beriman. Hal ini pada saat tidak berguna lagi iman seseorang yang memang belum beriman sebelum itu, atau (belum) berusaha berbuat kebajikan dengan imannya itu.”

Kabut

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Maka Tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas yang meliputi manusia. Inilah adzab yang pedih.” (QS. Ad-Dukhan: 10-11)

Yang dimaksud dengan dukhan dalam ayat ini ialah kabut tebal yang memenuhi antara langit dan bumi yang muncul sebelum kiamat datang yang mengambil nafas orang-orang kafir sehingga mereka hampir tercekik sedangkan bagi orang-orang mukmin seperti mengalami pilek. Kabut ini berlangsung di muka bumi selama empat puluh hari.

Munculnya Dabbah (binatang) yang dapat berbicara dengan manusia

Di antara tanda-tanda kiamat besar ialah keluarnya Dabbah (binatang) dari dalam bumi yang dapat berbicara dengan manusia dengan bahasa yang fasih yang dapat dipahami oleh semua yang mendengarnya. Dabbah itu mengabarkan kepada mereka bahwa manusia dahulu tidak beriman kepada ayat-ayat Allah. Dabbah ini muncul di akhir zaman pada saat manusia telah mengalami kebobrokan, mereka meninggalkan perintah-perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan mengganti agama yang benar. Lantas Dabbah berbicara kepada mereka, “Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat kami.” Dabbah ini keluar dengan membawa tongkat Nabi Musa ‘alaihissalam dan cincin Nabi Sulaiman ‘alaihissalam. Hidung orang-orang kafir diberi cap dengan cincin. Dan wajah orang mukmin menjadi terang berkat tongkat tersebut sehingga dapat dikenali antara orang mukmin dan orang kafir.

Munculnya al-Masih Dajjal

Dia dinamai al-A’war ad-Dajjal karena dia buta sebelah matanya yang kanan. Fitnahnya merupakan fitnah terbesar yang menimpa orang-orang di akhir zaman. Al-A’war ad-Dajjal tidak hanya mengaku-aku sebagai nabi, bahkan dia juga mengaku-aku sebagai tuhan. Muncul beberapa hal-hal yang luar biasa melalui kedua tangannya sebagai bentuk istidraj dari Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadanya dan sebagai ujian bagi para manusia. Dia berkata kepada langit, “Hujanlah!” Maka langit pun menurunkan hujan. Dia berkata kepada bumi, “Keluarkanlah tanamanmu dan kekayaan yang kau pendam!” Maka bumi pun mengeluarkannya. Dia dapat membunuh manusia lalu menghidupkannya kembali. Dia mengelilingi seluruh permukaan bumi. Semua daerah yang dia masuki pasti dia berbuat kerusakan di dalamnya kecuali Mekah dan Madinah. Sebab, jika dia hendak memasukinya, dia menjumpai malaikat yang menjaganya, makanya dia kembali dan gagal. Dajjal kali pertama muncul di sebuah kota yang bernama Asfihan. Pada awalnya dia diikuti oleh tujuh puluh ribu orang Yahudi. Kemudian dia diikuti oleh orang-orang rendahan, orang-orang bodoh, dan rakyat jelata. Dia berada di muka bumi selama empat puluh hari. Ada sehari yang bagaikan setahun. Ada yang sehari bagaikan sebulan. Dan ada sehari yang bagaikan sepekan. Selebihnya, hari-hari sebagaimana hari-hari biasa.

Semua keterangan ini terdapat di dalam hadis-hadis shahih. Kami akan menuturkan sebagian di antaranya dengan pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Tidak ada seorang nabi pun melainkan memberi peringatan kepada umatnya mengenai orang buta sebelah yang pendusta. Ingalah bahwa dia buta sebelah. Sesungguhnya Rabb kalian tidak buta sebelah. Di antara kedua matanya tertulis ‘kafir’ yang dapat dibaca oleh semua muslim.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya Dajjal keluar dengan membawa air dan api. Maka, air yang dilihat oleh orang-orang sesungguhnya adalah api yang membakar. Sedangkan api yang dilihat oleh orang-orang, sesungguhnya adalah air yang dingin dan segar. Barangsiapa di antara kalian yang menjumpai hal ini, maka hendaklah dia menjatuhkan diri pada sesuatu yang dilihatnya api, karena sesungguhnya hal itu adalah air segar yang baik.”

An-Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan,

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menuturkan tentang Dajjal pada suatu pagi. Beliau merendahkan tetapi juga meninggikan suaranya, sampai-sampai kami menduga bahwa Dajjal berada di satu sisi pohon kurma.” (Maksudnya, beliau merendahkan suaranya dengan menyebutkan bahwa dia buta sebelah dan di antara kedua matanya tertulis ‘kafir’. Beliau juga memandang besar fitnah Dajjal karena mencakup hal-hal yang luar biasa. Artinya, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh mengganggap dekat munculnya Dajjal. Beliau menggunakan redaksi yang bermacam-macam, baik yang merendahkan maupun yang meninggikan –redaksi sehingga kami menduga- untuk bersungguh-sungguh dalam menganggap dekat –bahwa Dajjal berada di satu sisi pohon kurma- di (Madinah).

Beliau bersabda, “Selain Dajjal yang lebih saya khawatirkan atas diri kalian. Apabila dia muncul sedangkan saya masih ada di antara kalian, maka sayalah yang akan mematahkan hujjahnya untuk membela kalian. Apabila dia muncul dan saya sudah tidak ada di antara kalian, maka tiap-tiap orang membela dirinya sendiri. Allah yang menggantikan diriku atas setiap orang muslim. Dajjal adalah pemuda yang berambut keriting, matanya sayu, seakan-akan saya menyamakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (seseorang yang binasa pada masa jahiliyah). Barangsiapa bertemu dengannya, maka bacakan kepadanya bagian pembukaan surat Al-Kahfi. Dia muncul di daerah antara Syiria dan Irak. Dia membuat banyak kerusakan di kanan dan di kiri. Wahai hamba-hamba Allah! Tetaplah (pada keimanan dan janganlah melenceng darinya).” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah! Berapa lama dia berada di muka bumi?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Empat puluh hari. Yang sehari bagaikan setahun. Sehari lagi bagaikan sebulan. Dan sehari lagi bagaikan sepekan. Sedangkan hari-hari lainnya seperti hari-hari biasa.”

Kami kembali bertanya, “Wahai Rasulullah! Pada sehari yang bagaikan setahun, cukupkah bagi kami melakukan shalat untuk sehari dalam hari tersebut?”

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Tidak. Perkirakanlah kadar waktunya.”

Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah! Seperti apakah kecepatan Dajjal di bumi?”

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Bagaikan mendung yang ditiup angin. Dia mendatangi suatu kaum, lalu dia mengajak kaum tersebut, kemudian mereka beriman kepadanya dan menerimanya. Lantas dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan, maka langit pun menurunkan hujan. Dia memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tanaman, lantas bumi pun menumbuhkan tanamannya, sehingga binatang-binatang ternak mereka kembali di penghujung siang dalam keadaan yang sangat baik, punuknya besar, serta gemuk dan kenyang. Kemudian dia mendatangi kaum lain, lalu dia mengajak kaum tersebut, dan ternyata kaum ini menolaknya (mereka masih teguh dengan ketauhidannya), lantas dia berpaling dari kaum tersebut, lantas mereka mengalami paceklik (tidak ada hujan turun di wilayah mereka dan rerumputan menjadi kering). Tidak ada harta apa pun di tangan mereka dan mereka berjalan melewati reruntuhan, kemudian Dajjal berkata pada reruntuhan tersebut, ‘Keluarkanlah harta pendamanmu,’ maka harta pendaman reruntuhan tersebut mengikutinya sebagaimana ratu lebah. Selanjutnya Dajjal memanggil seorang pemuda kekar, lalu dia membelahnya dengan pedang menjadi dua bagian yang terpisah jauh sejauh lemparan, kemudian dia memanggilnya lagi, lantas potongan tubuh itu menghadap dengan wajah yang berseri-seri sambil tertawa.

aDalam keadaan yang demikian, selanjutnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutus Nabi Isa Al-Masih bin Maryam ‘alaihissalam. Beliau turun di menara putih sebelah timur Damaskus, mengenakan dua pakaian yang diwarnai, seraya meletakkan kedua telapak tangannya pada sayap dua malaikat. Ketika beliau menundukkan kepalanya, keringat bercucuran bagaikan permata. Orang kafir tidak mungkin mencium nafasnya kecuali langsung mati. Nafas beliau sampai sejauh mata memandang. Kemudian Nabi Isa mencari Dajjal sehingga beliau menemukannya di Bab Lud (nama tempat Syiria) lalu nabi Isa membunuhnya. Selanjutnya Nabi Isa mendatangi kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu beliau mengusap wajah-wajah mereka, beliau menjelaskan kepada mereka derajat mereka di surga.

Dalam kondisi demikian, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi wahyu kepada Nabi Isa ‘alaihissalam, ‘Sungguh, Aku telah mengeluarkan hamba-hamba-Ku. Tidak ada seorang pun yang mempunyai kemampuan untuk memerangi mereka. Kumpulkanlah mereka ini ke bukit Tursina (Jadikanlah bukit Tursina sebagai benteng).’ Selanjutnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirim Ya’juj Ma’juj. Mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Orang pertama di antara mereka melewati danau Thabariyah, lalu mereka meminum airnya. Orang terakhir juga melewatinya, lalu mereka berkata, ‘Sungguh, tadi ada di danau ini banyak airnya.’ Nabi Isa ‘alaihissalam beserta sahabat-sahabatnya semakin susah sehingga kepala sapi bagi salah seorang di antara mereka lebih baik dari pada seratu dinar bagi kalian semua hari ini (lantaran mereka sangat memerlukan makanan), kemudian Nabi Isa beserta sahabat-sahabatnya berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. (Mereka memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar gangguan Ya’juj Ma’juj segera dihilangkan), lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirim cacing di dalam hidung unta dan kambing pada leher-leher mereka. Lantas mereka pun mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa ‘alaihissalam beserta sahabat-sahabatnya turun ke bumi. Ternyata mereka tidak menemukan tempat sejengkal pun di muka bumi kecuali dipenuhi oleh bau busuk. Lantas Nabi Isa beserta sahabat-sahabatnya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kemudian Allah mengirimkan burung-burung semisal leher unta. Burung-burung itu membawa bangkai Ya’juj Ma’juj lalu dilemparkan sesuai kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala, kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirimkan hujan yang tidak dapat ditahan oleh tanah keras dan gandum. Maka, bumi pun dicuci bersih sehingga seperti kaca. Kemudian dikatakan kepada bumi, ‘Tumbuhkanlah buah-buahmu dan kembalikanlah berkahmu.’ Pada hari itu sekelompok orang memakan delima dan mereka berteduh dengan kulitnya, air susu sangat diberkahi. Bahkan, seekor unta yang hampir melahirkan mencukupi untuk sekelompok orang banyak. Seekor sapi yang hampir melahirkan mencukupi untuk satu kabilah. Seekor kambing yanghampir melahirkan mencukupi satu suku. Dalam kondisi demikian, tiba-tiba Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirimkan angin yang baik, lalu angin ini mengena mereka di bawah ketiak mereka, sehingga ruh setiap orang mukmin dan muslim dicabut. Yang masih tersisa tinggal orang-orang jahat. Orang-orang pun melakukan hubungan seks sebagaimana keledai (ertinya, lelaki dan perempuan melakukan hubungan seks secara terang-terangan di hadapan banyak orang bagaikan keledai). Maka, dalam keadaan demikian datanglah hari kiamat.” (HR. Muslim)

Turunnya Nabi Isa bin Maryam ‘alaihissalam

Termasuk di antara tanda-tanda kiamat besar ialah turunnya al-Masih Nabi Isa bin Maryam ‘alaihissalam. Alquran dan hadis-hadis telah menunjukkan hal ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Tidak ada seorang pun di antara ahli kitab yang tidak beriman kepadanya (Isa) menjelang kematiannya. Dan pada hari kiamat dia (Isa) akan menjadi saksi mereka.” (QS. An-Nisa: 159)

Ertinya, tidak ada seorang pun dari ahli kitab melainkan akan beriman kepada Nabi Isa ‘alaihissalam menjelang kematiannya dan pada hari kiamat Nabi Isa ‘alaihissalam akan memberi kesaksian kepada mereka.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan sungguh, dia (Isa) itu benar-benar menjadi pertanda akan datangnya hari kiamat. Karena itu, janganlah kamu ragu-ragu tentang (kiamat) itu dan ikutilah aku. Inilah jalan yang lurus.” (QS. Az-Zukhruf: 61)

Sesungguhnya turunnya Nabi Isa ‘alaihissalam merupakan tanda-tanda kiamat sudah dekat. Terdapat beberapa hadis mutawatir mengenai turunnya Nabi Isa ‘alaihissalam. Sekarang ini Nabi Isa ‘alaihissalam hidup di langit. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengangkat ruhnya dan jasadnya kehadirat-Nya. Beliau akan turun ke bumi sebagai hakim yang adil yang menetapkan hukum berdasarkan syariat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Asy-Syaikhani meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Dzat yang menguasai jiwaku. Sungguh, putra Maryam akan turun kepada kalian semua sebagai hakim yang adil. Lalu dia menghancurkan salib, membunuh babi, dan meniadakan pajak. Harta pun melimpah-limpah sehingga tidak ada seorang pun yang mau menerima (pemberian orang lain). Sehingga sujud sekali lebih baik dari pada dunia dan isinya.” Terdapat di dalam hadis-hadis shahih pula bahwa Nabi Isa ‘alaihissalam adalah orang yang akan membunuh Dajjal. Dan setelah misi Nabi Isa bin Maryam ‘alaihissalam selesai, beliau meninggal dunia, lalu kaum muslimin menshalatinya dan dimakamkan di kamar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang suci.

Keluarnya Ya’juj Ma’juj

Ya’juj Ma’juj disebutkan di dalam Alquran Al-Karim di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Mereka berkata, ‘Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?’.” (QS. Al-Kahfi: 94)

Ya’juj Ma’juj merupakan kabilah dari keturunan Yafits bin Nuh. Mereka keluar di akhir zaman setelah dinding penghalang yang dibuat oleh Dzulqarnain rosak. Lantas mereka membuat kerusakan di muka bumi dengan berbagai macam tindakan keji dan kerusakan. Semakin banyaknya, mereka memakan makanan dan tanaman apa saja yang dijumpainya dan meminum danau Thabariyah sampai seakan-akan tidak pernah ada airnya.

Keluarnya api yang menggiring manusia ke padang Mahsyar

Api ini keluar dari tanah ‘Adn, yaitu api besar yang menakutkan. Tidak ada sesuatu pun yang dapat memadamkannya. Api ini menggiring manusia ke padang Mahsyar. Demikianlah di antara tanda-tanda kiamat besar. Kita memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menyelamatkan kita dari api dunia dan akhirat dan semoga Dia menyelamatkan kita dari kengerian kiamat berkat anugerah-Nya dan kemuliaan-Nya. Sungguh, Dia Maha Mendengar dan Mahadekat.

Wallahua'lam

La Tahzan Innallaha Ma'ana



LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA

Maksudnya : "Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita." Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui keajaiban bertawakal. Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb: "Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadaMu Ya Allah." Kita sering lupa yang kita masih punya kehidupan di akhirat. Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat. Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil.

PENCERAHAN :
Kehidupan ini sangat luas. Nabi SAW sebut dalam hadisnya : "Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini." Dia dimasukkan ke dalam syurga kemudian dia dikeluarkan lalu di tanya : "Wahai fulan adakah kau pernah merasa derita dalam hidup?" Dia kata, "Tak! Aku tak pernah rasa derita pun dalam hidup ini."Hanya kerana masuk syurga sekelip mata di dalam syurga, dia lupa cerita derita.

Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini segala yang nikmat Allah masukkan dia ke dalam neraka. Lalu dikeluarkan dia lalu ditanya : "Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?" Dia kata : "Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini." Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka manusia lupa segala kisah nikmat hidupnya. (HR : Muslim)

Masihkah kita ingat akan nikmat yang Allah berikan selama ini? Kita selalu nak bersyukur kalau diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar. Seorang hamba Allah yang dipotong sebelah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut atau barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki tersebut yang setiap hari dia menapak sebelum ini. Atau sekurang-kurang dia mensyukuri kerana masih mempunyai sebelah kaki lagi, bukannya terus merungut kerana kehilangan sebelah kakinya. Kata Pak Hamka : "Yang ada ini sudah harapan kita".Tetapi insan bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada !

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya. Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepadaNya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya. Sebagaimana firman Allah SWT :

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Baqarah : 155)

Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita. Contohnya melalui GST atau tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tiba-tiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok. Semuanya perlukan wang dan secara tidak langsung, duit itu keluar dari poket kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuanNya dengan hati yang tenang dan redha? Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepadaNya. Firman Allah SWT :
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. At-Taghabun: 11)

Jangan bersedih.. bersabarlah.. .Jangan bersedih.. bersabarlah... Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahi wainna ilaihi rajiun” yang bermaksud : "Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali."

KESIMPULAN :
Apabila kita melihat hidup ini secara keseluruhan kita akan rasa, masyaAllah hidup ini. Apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih daripada harapan kita sebenarnya. Kalau kita ingat daripada hari kita dilahirkan, tempat kita dilahirkan, rumah kita dibesarkan, sehingga anda mampu membaca tazkirah ini.
Wallahu a'lam - Masyaallah Tabaraqallah, berapa juta kali nak sebut ucapan syukur pun masih tak memadai sebenarnya....

Wallahu a'lam

Selasa, 7 April 2015

Jodoh Satu Rahsia Dari Allah

JODOH!!! Satu Rahsia Dari Allah

Apa kita faham tentang jodoh? Seseorang mempunyai boyfriend atau girlfriend, adakah itu jodoh? Bila ditanya kenapa belum berkahwin lagi, mereka menyatakan belum jodoh lagi, bila sudah ke gerbang perkahwinan, maka itu barulah jodoh. Dah buat maksiat banyak kali kemudian menuduh jodoh pula menjadi penghalangnya. Bagaimana pula dengan mereka yang berkahwin berpuluh-puluh tahun lalu bercerai, dan mereka menyatakan pula tiada lagi jodoh antara mereka.

PENCERAHAN :
Jodoh adalah satu rahsia dari Allah SWT, dan difahami jodoh itu adalah pasangan yang di anugerahkan oleh Allah kepada kita. Setiap yang diciptakan oleh Allah adalah berpasangan, itu juga adalah jodoh. Siang jodohnya malam, kanan jodohnya kiri, air pasang jodohnya surut dan seumpamanya.

Jodoh adalah rahsia hebat dari Allah untuk kita. Allah menentukan jodoh untuk kita atas usaha yang kita jalankan. Kita seharusnya berusaha memilih jodoh yang terbaik untuk kita. Allah bagi ikhtiar kepada kita... ketentuannya terletak kepada Allah jua.

Jodoh itu datangnya dari Allah, dengan usaha yang kita lakukan. Timbul pula persoalan, pasti ramai yang pernah mendengar ada yang berkata ada tiga punca jodoh, iaitu;
1. Jodoh dari Syaitan
2. Jodoh dari Jin
3. Jodoh dari Allah.

Sebenarnya, jodoh itu tetap dari Allah, tetapi kerana usaha kita yang mengikut jalan yang dipenuhi tipu daya syaitan, itulah maksud sebenar kenyataan jodoh dari syaitan. Andai kita berpegang pada ajaran Al-Quran dan Sunnah yang sebenar, maka dapatlah kita jodoh yang diredhai oleh Allah SWT.

Dengan tiupan dari syaitan inilah kita sentiasa melihat untuk mencari kesempurnaan pasangan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pasangan atas ketidaksempurnaan tersebut, sedangkan dalam agama diciptakan berpasangan kerana sama-sama tidak sempurna, untuk saling melengkapi dan saling menutup ketidaksempurnaan tersebut.

Salah faham masyarakat kita dengan menganggap bahawa jodoh yang sebenar adalah insan yang benar-benar baik dan sempurna untuk dirinya. Bagaimana pula Nabi Nuh a.s, seorang rasul yang diutus dijodohkan dengan isteri yang menolak agama Allah? Kerana itulah jodoh itu tetap menjadi rahsia Allah, dan manusia handaklah memahami bahawa apa yang ditentukan oleh Allah itu lebih baik dari apa yang difikirkan manusia. Lihat firman Allah ini ;

ْ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (QS. Al-Baqarah : 216)

Allah mengkehendaki kebaikan kepada kita, lalu dikurniakan kepada kita seorang isteri yang mampu bersabar dengan kita, begitu jugalah sebaliknya. Itulah kebaikan dari Allah, disebalik apa yang kita sangka tidak baik bagi kita. Sebab itu pernah kita lihat suaminya biasa je tapi isterinya sangat cantik. Atau si isteri biasa-biasa je tapi suaminya sangat hensem. Ini semua urusan Allah.

“...kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah SWT di mana tiada tuhan selainNya.” (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

KESIMPULAN :
Kita tidak perlu takut siapakah jodoh kita kerana pasangan kita sudah pun ditentukan oleh Allah dan apa yang perlu dilakukan adalah berusaha di atas landasan agama dalam mencari jodoh itu. Sama ada untuk jodoh kali pertama, kedua atau seterusnya. ^_^

Wallahu'alam

Isnin, 6 April 2015

7 Tanda Keberkatan Rezeki Dalam Kehidupan


7 TANDA KEBERKATAN REZEKI DALAM KEHIDUPAN.


Allah SWT memerintahkan manusia dalam menjalani kehidupan untuk bekerja bagi menyara hidup. Selagi kita berkemampuan untuk mencari rezeki, kita mesti meneruskannya kerana ini merupakan perintah Allah SWT kepada kita. Firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah Al-Jumuah, ayat 10:

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Apabila telah ditunaikan solat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung."

Dalam satu riwayat hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berkerja untuk anak isterinya melalui jalan yang baik lagi halal, maka bagi mereka akan mendapatkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah". (HR Al- Baihaqi).

Maka jelaslah bahawa berkerja ini adalah dituntut dalam ISLAM dan ia adalah keperluan di dalam hidup kita di atas muka Bumi ini. Allah SWT tidak pernah menegah hambanya untuk berkerja dan mencari rezeki seperti dalam firmanNya yang telah dinyatakan diatas.

Bukankah tujuan Allah SWT jadikan kita di atas muka bumi ini untuk beribadah dan Allah SWT menjadikan bumi ini mudah untuk mencari rezeki, kerana ianya merupakan satu cabang ibadah kepada Allah SWT terutamanya bagi lelaki. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mulk, ayat 15:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Dia lah yang menjadikan bumi ini mudah digunakan bagimu, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)".

Namun begitu, keberkatan dalam rezeki merupakan perkara penting yang perlu kita titik beratkan supaya hidup kita selamat dan bahagia pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk memperoleh rezeki. Umpamanya dengan mengambil upah, bekerja sendiri ataupun makan gaji.

Rezeki yang kita usahakan adalah untuk diberi kepada anak isteri dan juga ibu bapa serta keluarga kita. Sekiranya rezeki yang kita bawa balik bukan dari sumber yang halal akan mendatangkan kesan buruk kepada kita dan ahli keluarga yang kita berikan.

Oleh kerana itu kita perlu tegas kepada diri kita dalam mencari rezeki. Biarpun hasil pendapatan kita tidak seberapa, namun yang penting keberkatan rezeki itu tetap ada.

Perlu juga diingat bahawa rezeki bukan sekadar kekayaan atau wang ringgit semata-mata tetapi juga ia boleh juga berupa ilmu, ketenangan jiwa, anak yang soleh dan keluarga yang bahagia.

TAZKIRAH hari ini menjelaskan sedikit tentang tanda-tanda rezeki yang berkat yang dapat kita lihat dengan mata kepala dalam kehidupan kita sehari-hari. Adapun sebahagian tanda keberkatan rezeki tersebut adalah:

1.Iman Yang Mantap Dan Hati Yang Semakin Dekat Dengan Allah SWT.
Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, Iman kita makin mantap dan hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat dan tidak bermalas-malasan dalam urusan ibadah.

2. Hati Semakin Rasa Tenang.
Dengan Rezeki yang berkat, akan meraih pandangan Allah SWT dengan diberinya ketenangan hati dan jiwa kita. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan hati kepada kita.

3. Menjadi Insan Yang Pemurah.
Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita miliki datangnya daripada Allah SWT.

4. Akan Dijauhkan Daripada Bala Allah SWT.
Rezeki yang berkat akan mampu menjauhkan bala bencana, kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki yang dimilikinya.

5. Dapat Membentuk Keluarga Yang Harmoni.
Tanda keberkatan rezeki yang seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap aman damai dan hidup bahagia.

6. Menjadikan Anak-Anak Yang cemerlang Di Dunia Dan Akhirat.
Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak di masa hadapan. Namun, rezeki yang berkat yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dan menjadi anak yang cemerlang dalam meniti hidup di dunia dan akhirat.

7. Sentiasa Merasa Cukup Dan Bersyukur Dengan Segala Bentuk Pemberian Allah SWT.
Setiap yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan segala bentuk pemberian Allah SWT tersebut.

Ya Allah berikankah kepada kami rezeki yang berkat lagi halal, yang dengannya kami akan rasa cukup dan bersyukur. Mudah-Mudahan hidup kami sentiasa berada dalam keberkatan-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahuallam

Muhammad Al-Fatih Penakluk Konstantinopel


Muhammad Al-Fatih Penakluk Konstantinopel

Muhammad al-Fatih adalah salah seorang raja atau sultan Kerajaan Utsmani yang paling terkenal. Ia merupakan sultan ketujuh dalam sejarah Bani Utsmaniah. Al-Fatih adalah gelaran yang sentiasa melekat pada namanya kerana dialah yang mengakhiri atau menaklukkan Kerajaan Romawi Timur yang telah berkuasa selama 11 abad.

Sultan Muhammad al-Fatih memerintah selama 30 tahun. Selain menaklukkan Bizantine, ia juga berhasil menaklukkan wilayah-wilayah di Asia, menyatukan kerajaan-kerajaan Anatolia dan wilayah-wilayah Eropah dan termasuk jasanya yang paling penting adalah berhasil menundukkan kerajaan Bizantine dan menakluk kota konstantinopel.

Karakter Pemimpin Yang Ditanamkan Sejak Kecil

Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 27 Rajab 835 H/30 Masihi 1432 M di Kota Erdine, ibu kota Daulah Utsmaniyah saat itu. Ia adalah putra dari Sultan Murad II yang merupakan raja keenam Daulah Utsmaniyah.

Sultan Murad II memiliki perhatian yang besar terhadap pendidikan anaknya. Ia menempa buah hatinya agar kelak menjadi seorang pemimpin yang baik dan tangguh. Perhatian tersebut terlihat dari Muhammad kecil yang telah menyelesaikan hafalan Alquran 30 juz, mempelajari hadis-hadis, memahami ilmu fikih, belajar matematik, ilmu falak, dan strategi perang. Selain itu, Muhammad juga mempelajari berbagai bahasa, seperti: bahasa Arab, Persia, Latin, dan Yunani. Tidak haian, pada usia 21 tahun Muhammad sangat lancar berbahasa Arab, Turki, Persia, Ibrani, Latin, dan Yunani, luar biasa!

Walaupun usianya baru seumur jagung, sang ayah, Sultan Murad II, mengamanati Sultan Muhammad memimpin suatu daerah dengan bimbingan para ulama. Hal itu dilakukan sang ayah agar anaknya cepat menyedari bahwa dia memiliki tanggungjawab yang besar di kemudian hari. Bimbingan para ulama diharapkan menjadi kompas yang mengarahkan pemikiran anaknya agar sejalan dengan pemahaman Islam yang benar.

Menjadi Penguasa Utsmani

Sultan Muhammad II diangkat menjadi Khalifah Utsmaniyah pada tanggal 5 Muharam 855 H bersamaan dengan 7 Febuari 1451 M. Kejayaan besar yang langsung ia lakukan ketika menjawat sebagai khalifah adalah menaklukkan Konstantinopel.

Langkah pertama yang Sultan Muhammad lakukan untuk mewujudkan cita-citanya adalah melakukan kebijakan ketenteraan dan politik luar negeri yang strategik. Ia memperbarui perjanjian dan kesepakatan yang telah terjalin dengan negara-negara tetangga dan sekutu-sekutunya. Pengaturan ulang perjanjian tersebut bertujuan menghilangkan pengaruh Kerajaan Bizantine Romawi di wilayah-wilayah tetangga Utsmaniah baik secara politik mahupun ketenteraan.

Menaklukkan Bizantine

Sultan Muhammad II juga menyiapkan lebih dari 4 juta prajurit yang akan mengepung Konstantinopel dari darat. Pada saat mengepung benteng Bizantine banyak pasukan Utsmani yang gugur karena kuatnya pertahanan benteng tersebut. Pengepungan yang berlangsung tidak kurang dari 50 hari itu, benar-benar menguji kesabaran pasukan Utsmani, menguras tenaga, pikiran, dan perbekalan mereka.

Pertahanan yang tangguh dari kerajaan besar Romawi ini terlihat sejak mula. Sebelum musuh mencapai benteng mereka, Bizantium telah memagari laut mereka dengan rantai yang membentang di semenanjung Tanduk Emas. Tidak mungkin bisa menyentuh benteng Bizantium kecuali dengan melintasi rantai tersebut.

Akhirnya Sultan Muhammad menemukan idea yang ia anggap merupakan satu-satunya cara agar boleh melepasi pagar tersebut. Idea ini mirip dengan yang dilakukan oleh para tentera Kiev yang menyerang Bizantine di abad ke-10, para pangeran Kiev menarik kapalnya keluar Selat Bosporus, mengelilingi Galata, dan meluncurkannya kembali di Tanduk Emas, akan tetapi pasukan mereka tetap dikalahkan oleh orang-orang Bizantine Romawi. Sultan Muhammad melakukannya dengan cara yang lebih cerdik lagi, ia menarik 70 kapalnya melintasi Galata ke muara setelah meletakkan minyak di batang-batang kayu. Hal itu dilakukan dalam waktu yang sangat singkat, tidak sampai satu malam.

Di pagi hari, Bizantine terkejut bukan kepalang, mereka sama sekali tidak menyangka Sultan Muhammad dan pasukannya menyeberangkan kapal-kapal mereka melalui jalan darat. 70 kapal laut diseberangkan melalui jalan darat yang masih ditumbuhi pohon-pohon besar, menebangi pohon-pohonnya dan menyeberangkan kapal-kapal dalam waktu satu malam adalah suatu kemustahilan menurut mereka, akan tetapi itulah yang terjadi.

Tanduk Emas atau Golden Horn, di Istanbul, Turki.

Peperangan dahsyat pun terjadi, benteng yang tak tersentuh sebagai simbol kekuatan Bizantine itu akhirnya diserang oleh orang-orang yang tidak takut akan kematian. Akhirnya kerajaan besar yang berumur 11 abad itu jatuh ke tangan kaum muslimin. Peperangan besar itu mengakibatkan 265.000 pasukan umat Islam gugur. Pada tanggal 20 Jumadil Awal 857 H bersamaan dengan 29 Mei 1453 M, Sultan al-Ghazi Muhammad berhasil memasuki Kota Konstantinopel. Sejak saat itulah ia dikenali dengan nama Sultan Muhammad al-Fatih, penakluk Konstantinopel.

Saat memasuki Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fatih turun dari kudanya lalu sujud sebagai tanda syukur kepada Allah. Setelah itu, ia menuju Gereja Hagia Sophia dan memerintahkan menggantinya menjadi masjid. Konstantinopel dijadikan sebagai ibu kota, pusat pemerintah Kerajaan Utsmani dan kota ini diganti namanya menjadi Islambol yang berarti negeri Islam, dan akhirnya mengalami perubahan menjadi Istanbul.

Selain itu, Sultan Muhammad al-Fatih juga memerintahkan untuk membangun masjid di makam sahabat yang mulia Abu Ayyub al-Anshari radhiallahu ‘anhu, salah seorang sahabat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang wafat saat menyerang Konstantinopel di zaman Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan radhiallahu ‘anhu.

Apa yang dilakukan oleh Sultan Muhammad tentu saja bertentangan dengan syariat, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

أَلاَ وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوْا يَتَّخِذُوْنَ قُبُوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيْهِمْ مَسَاجِدَ، أَلاَ فَلاَ تَتَّخِذُوا الْقُبُوْرَ مَسَاجِدَ، إِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ.

“… Ketahuilah, bahwa sesungguhnya umat-umat sebelum kamu telah menjadikan kuburan Nabi-Nabi mereka sebagai tempat ibadah, tetapi janganlah kamu sekalian menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah, karena aku benar-benar melarang kamu melakukan perbuatan itu.” (HR. HR. Muslim no.532)

Kekeliruan yang dilakukan oleh Sultan Muhammad tidak serta-merta membuat kita menafikan jasa-jasanya yang sangat besar. Semoga Allah mengampuni kesalahan dan kekhilafannya beliau rahimahullah.

Setelah itu rentetan penaklukan strategik dilakukan oleh Sultan Muhammad al-Fatih; ia membawa pasukannya menkalukkan Balkan, Yunani, Rumania, Albania, Asia Kecil, dll. bahkan ia telah mempersiapkan pasukan dan mengatur strategi untuk menaklukkan kerajaan Romawi di Italia, akan tetapi kematian telah menghalanginya untuk mewujudkan hal itu.

Peradaban Yang Dibangun Pada Masanya

Selain terkenal sebagai jenderal perang dan berhasil memperluas kekuasaan Utsmani melebihi sultan-sultan lainnya, Muhammad al-Fatih juga dikenal sebagai seorang penyair. Ia memiliki dewan, kumpulan syair yang ia buat sendiri.

Sultan Muhammad juga membangun lebih dari 300 masjid, 57 sekolah, dan 59 tempat pemandian di berbagai wilayah Utsmani. Peninggalannya yang paling terkenal adalah Masjid Sultan Muhammad II dan Jami’ Abu Ayyub al-Anshari

Wafatnya Sang Penakluk

Pada bulan Rabiul Awal tahun 886 H/1481 M, Sultan Muhammad al-Fatih pergi dari Istanbul untuk berjihad, padahal ia sedang dalam keadaan tidak sihat. Di tengah perjalanan sakit yang ia derita kian parah dan semakin berat ia rasakan. Doktor pun didatangkan untuk mengubatinya, namun doktor dan ubat tidak lagi bermanfaat bagi sang Sultan, ia pun wafat di tengah pasukannya pada hari Kamis, tanggal 4 Rabiul Awal 886 H/3 Mei 1481 M. Saat itu Sultan Muhammad berusia 52 tahun dan memerintah selama 31 tahun. Ada yang mengatakan wafatnya Sultan Muhammad al-Fatih karena diracuni oleh dokter eribadinya Ya’qub Basya, Allahu a’lam.

Tidak ada keterangan yang boleh dijadikan sandaran kemana Sultan Muhammad II hendak membawa pasukannya. Ada yang mengatakan beliau hendak menuju Itali untuk menaklukkan Rom ada juga yang mengatakan menuju Perancis atau Sepanyol

Sebelum wafat, Muhammad al-Fatih mewasiatkan kepada putera dan penerus takhtanya, Sultan Bayazid II agar sentiasa dekat dengan para ulama, berbuat adil, tidak tertipu dengan harta, dan benar-benar menjaga agama baik untuk pribadi, masyarakat, dan kerajaan.

Semoga Allah membalas jasa-jasamu wahai Sultan Muhammad al-Fatih…

Sebaik-Baik Pemimpin!!!