Sabtu, 11 April 2015

Kisah Iblis Mengaku Tuhan


Iblis Mengaku Tuhan

Tersebutlah seorang ulama yang bernama Ahmad bin Nazzar.Salah seorang ulama bermazhab Maliki. Beliau dikenal sebagai Faqihul Maghrib (ahli fikih daerah Morocco). Seorang yang dikenali sebagai seorang yang doanya mustajab. Seorang ulama yang seimbang antara ilmu dan amal. Hampir setiap malam beliau mengkhatamkan Al-Quran dalam solat tahajud di masjidnya.
Beliau pernah diminta oleh Gabenor Al-Manshur bin Ismail untuk menjawat jawatan sebagai Qadi untuk daerah Qoirawan, namun beliau tidak bersedia menerimanya. Beliau wafat di tahun 338 H.

Ada satu kejadian menarik tentang beliau. Di waktu beliau sedang bertahajud, tiba-tiba muncul cahaya sangat terang dari tembok masjid. Cahaya itu mengatakan dengan lantang,

تملا من وجهي، فأنا ربك

“Engkau telah memenuhi wajahku, akulah tuhanmu.”

Apa yang boleh kita bayangkan ketika kita mengalami kejadian semacam ini? Ya, kita pasti akan merasa sangat bangga. Kita akan merasa bahawa kita telah mencapai puncak beribadah. “Allah telah menampakkan dirinya, berarti saya sudah mencapai darjat hakikat.” Atau kita akan meminta banyak hal ketika bertemu langsung dengan Allah, “Ya Allah, berikan aku banyak harta, rumah mewah, kereta mewah.” “Ya Allah, aku minta karamah, agar boleh menolong hamba-Mu yang sakit.” “Ya, Allah jadikan dia pasangan hidupku.” “Ya Allah, luaskan rezekiku, mudahkan urusanku, mudahkan aku untuk mecapai cita-citaku.” Dan sebarang permintaan lain,yang menunjukkan betapa tamaknya kita dengan dunia.

Hampir boleh dipastikan, orang yang mengalami kejadian semacam ini, esok harinya akan segera membuka pusat pengubatan alternatif dan lain-lain Kerana merasa bahawa kita mempunyai karamah.

Tapi tidak demikian yang dilakukan sang imam. Ulama yang mulia ini memahami hal yang berbeza. Yang mendapat petunjuk Allah melalui ilmu agama yang beliau fahami. Apa yang beliau lakukan?

Ternyata Imam Ahmad bin Nazzar ini meludahi cahaya yang menampakkan wajah ini, dan mengatakan,

اذهب يا ملعون

“Pergilah wahai makhluk terlaknat.”

Tiba-tiba cahaya itu padam.

Beliau memahami ini tipuan syaitann. Agar orang menjadi ujub dalam beribadah. Selanjutnya dia mengaku telah mencapai puncak nirwana ibadah, darjat makrifat atau hakikat. Selanjutnya dia meninggalkan ibadah sama sekali.

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan